Pengarah 'Hobbs & Shaw' Berminat Nak Arahkan Filem 'Blade'

Pengarah filem Hobbs & Shaw, David Leitch menyuarakan keinginannya untuk mengarahkan filem Blade yang bakal dimasukkan ke dalam francais Marvel Cinematic Universe Phase 5 kelak. Pengarah ini yang turut mengarahkan filem aksi John Wick dan juga Atomic Blonde menyatakan bahawa dia menggemari watak Blade dan menyatakan pernah terlibat dalam filem berkenaan ketika filem itu dilakonkan oleh Wesley Snipe.

I love Blade. And it's actually one of the first stunt jobs that I was in, the original Wesley Snipes one. I was a stunt performer in that movie. I was in the blood club. You remember that scene? Yes, dancing around in the recycled special effects blood. It was great.
Pada San Diego Comic-con yang lalu, Marvel Studios mengumumkan filem Blade yang bakal dimasukkan dalam Phase 5 filem-filem MCU. Buat masa ini, Marvel Studios hanya mendedahkan pelakon utamanya, Mahershala Ali tetapi masih belum mendedahkan siapakah pengarah yang akan mengarahkan filem berkenaan. 

Filem asal Blade diterbitkan pada tahun 1998 dan berjaya menempa namanya di bibir peminat filem. Filem Blade berjaya dihasilkan ke sekuel ketiga. Mungkinkah apabila David Leitch mengambil peranan sebagai pengarah, dia akan berjaya membawa aura filem Blade yang lama? 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan