Ulasan Filem: After (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Jenny Gage
Pelakon | Josephine Langford, Hero Fiennes-Tiffin, Selma Blair

What? Wattpad pun dah mula diadaptasi? Hah, itulah fikiran aku apabila menonton filem yang diadaptasi daripada novel e-book yang dikarang di laman apps Wattpad. Mungkin ramai yang tak kenal Wattpad, tetapi bagi penggemar novel percuma, Wattpad bukanlah sesuatu yang baru. Menerusi Wattpad Studios, Wattpad kini melangkah maju lagi dengan mencari koleksi novelnya untuk diadaptasi.

After ialah filem pertama terbitan Wattpad Studios. Filem ni diarahkan oleh Jenny Gage dan dilakonkan oleh Jospehine Langford dan Hero Fiennes Tiffin sebagai teraju utama. Filem ni memang simple dan memang sesuai untuk penggemar filem romantik young adult, tetapi pada aku, alkisah filem ni bukanlah luar biasa mana.

Seorang gadis akhirnya jatuh cinta kepada kekasih orang, dan kemudiannya bercintalah diorang bagai nak rak. In the end, si gadis yang punyalah sayang kepada si lelaki ni dapati bahawa si lelaki ni bukan sayang mana pun kat si gadis. Namun, lama kelamaan, cinta kian bertaut. Dan kesudahannya bagaimana? Kenala tonton.

Kalau nak bandingkan filem ni dengan filem romantik hebat lain, filem ni mungkin sebaris dengan filem remaja yang biasa je. Kisah filem ni seakan menonton filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari, tetapi dengan elemen romantik Hollywoodlah. Nampak macam sama je Syurga Cinta dan After, tapi takkan ada peniruan kot kan?

Honestly, aku menonton filem ni kerana Josephine Langford. Mungkin pada akulah, dia memang lawa habis. Yelah kan, pelakon muda yang boleh dikatakan kaku, tapi lawa. Ah, tak kisahlah. Asalkan lawa, aku layan je!

Sejujurnya, filem ni mempunyai garapan plot yang sederhana. Tak ada momen yang menarik pun untuk membuatkan filem ni diingati. After ialah filem yang memang bertaraf drama yang memang ada plot yang ringkas dan juga gaya garapan yang ringkas. Tak tahulah kalau filem ni jujur dengan karya asal, tetapi jika inilah adaptationya, nampak seperti kurang menjadi.

Mungkin antara aspek yang aku gemari ialah garapan lagu dan editing visualnya. Itu mungkin antara kekuatan filem ni. Namun, dengan kisah cinta yang cukup biasa dan tiada sesuatu yang lebih dari apa yang dipaparkan, filem ni memang sesuai untuk remaja yang mungkin berkhayal untuk bercinta. Tapi, filem ni memang bukan untuk kanak-kanaklah sebab banyak adegan ehem!

Senang cerita, After memang sebuah filem yang memang tidak mampu untuk berada sebaris dengan filem-filem romantik remaja lain. Filem ni terlalu biasa, dengan plot twist yang memang tak twist mana pun. Oh, ending dia juga memang tak berapa nak menarik dan membuatkan aku tasa filem ni boleh diskiplah kalau korang memang tak tergoda dengan poster.

Yup, poster filem ni memang sedikit kurang sesuai. Tapi, jangan expect filem ni macam Fifty Shades of Grey, oh dan bukan juga macam filem A Walk To Remember. Entah, filem ni macam tak fit untuk jadi filem dengan unsur seksualnya, dan juga romantikanya. Sebuah filem romantik yang mengecewakan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan