'Kingman 3' Bakal Papar Hubungan Eggsy dan Harry Buat Kali Terakhir


Organisasi Kingsman mungkin sudah musnah dalam filem The Golden Circle. Namun, filem Kingsman masih menapak maju ke hadapan dan bakal menyusul dengan filem ketiganya. Namun, filem prekuel itu diberi tajuk The Great Game yang akan menjelaskan asal usul organisasi berkenaan semenjak dari Perang Dunia pertama.


Selepas The Great Game, barulah Kingsman 3 akan menyusul. Filem ini dikatakan bakal mengisahkan hubungan antara EGgsy dan Harry Hart buat kali terakhir. Pengarah filem ini, Matt Vaughn bercakap tentang ini dalam satu temubual bersama Digital Spy.
We’ve got to finish off the Eggsy and Harry relationship. The final chapter of their relationship needs to be told, which we’ve got ready to do, and I’m hoping to shoot that later this year or the beginning of next year.
The Great Game akan menampilkan pelakon hebat seperti Ralth Feinnes, Liam Neeson dan Aaron Taylor-Johnson. Filem ini dijadualkan tayangannya pada Februari 2020.Selepas itu, Kingsman 3 pula akan menyusul pada tahun 2021. Buat masa ini, pelakon Kingsman 3 masih belum didedahkan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan