Filem 'The Batman' Arahan Matt Reeves Bakal Tampilkan Watak Robin


Akhirnya, gembar gempur siapa yang bakal memegang watak Batman sudah pun terjawab. Secara rasminya, Robert Pattison bakal memegang watak itu selepas kali terakhir di pegang oleh Ben Affleck. Namun, menurut sumber dari Forbes, Batman tidak akan menyelamatkan bandar Gotham sendirian tetapi bersama Robin.


Namun, buat masa ini, tiada lagi pelakon diumumkan untuk memegang watak tersebut. Dikatakan Warner Bros akan mengambil sedikit masa untuk mencari pelakon yang sesuai bagi watak tersebut.

Sebelum ini, daripada sepuluh filem Batman, hanya empat sahaja filem Batman yang menampilkan watak Robin. Antaranya ialah Robin lakonan Miehael Cera dalam LEGO Batman Movie, Joseph Gordon-Levitt dalam siri The Dark Knight, dan beberapa lagi.

Siapa agaknya yang sesuai berdampingan dalam The Batman sebagai Robin? 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan