'Terminator: Dark Fate' Tampilkan Cyborg Mampu Belah Diri Jadi Dua


Filem terbaru dalam francais Terminator yang dikenali sebagai Terminator: Dark Fate bakal menampilkan cyborg yang berkeupayaan untuk membelah badannya menjadi dua. Perkara ini disahkan oleh pengarah filem berkenaan, Tim Miller. Selepas sekuel bertajuk Judgement Day, francais Terminator mulai merudum dan mendapat reaksi negatif peminat.


Dark Fate menyaksikan kembalinya pelakon asal filem berkenaan iaitu Arnold Schwarzennegger dan Linda Hamilton yang kali terakhir bergandingan dalam filem Judgement Day terbitan tahun 1991. Filem ini juga turut menampilkan Emilia Clark dan juga beberapa pelakon lain seperti Gabriel Luna dan Natalia Reyes.

Filem ini juga mengabaikan filem selepas filem Judgement Day dan membentuk naratif baru kepada francais ini. Bercakap di CinemaCon, Tim Miller berkongsi tentang kuasa cyborg baru yang bakal ditampilkan dalam filem berkenaan. Dia menggambarkan cyborg kali ini lebih ganas daripada biasa. 

Cyborg menjadi antara elemen yang menarik perhatian penonton di setiap filemnya. Dark Fate mungkin taruhan yang berani untuk melihat sejauh mana naratif baru ini mampu mengembalikan darjat Terminator di pandangan peminat filem. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan