Pelakon Untuk Filem Prekuel 'Kingsman' Sudah Disahkan!

Senarai pelakon untuk filem prekuel Kingsman kini sudah disahkan. Filem Kingsman yang bermula pada tahun 2014 menjadi antara filem yang berjaya sehingga tercetusnya sekuel pada tahun 2017. Filem yang diadaptasi daripada komik itu diarahkan oleh Matthew Vaughn yang sebelum ini mengarahkan filem Kick-ass.


Selepas dua filem, filem ketiga Kingsman bakal berkonsepkan sekuel yang diberi tajuk Kingsman: The Great Game. Menurut Deadline, pelakon yang disahkan akan terlibat dalam filem ini ialah Ralph Fiennes, Stanley Tucci, Rhys Ifans, Daniel Bruhl, Matthew Goode, Harris Dickinson, Aaron Taylor-Johnson, Gemma Arterton, TomHollander, Robert Aramayo, Djimon Hounsou dan Charles Dance.

The Great Game bakal berlatar belakangkan zaman Perang Dunia Pertama dan mengisahkan permulaan organisasi Kingsman. Eggsy tidak akan muncul dalam filem ini tetapi watak baru yang bakal mengambil alih. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan