Pengarah Dedahkan Skrip Sekuel 'Baby Driver' Sudah Siap

Pengarah filem Baby Driver, Edgar Wright mendedahkan bahawa dia sudah siap dengan draf pertama untuk sekuel filem Baby Driver. Filem baby Driver pertama diterbitkan pada tahun 2017 dan menjadi antara filem berjaya daripada pengarah tersebut apabila mengutip sebanyak USD226.9 juta di seluruh dunia.


Malah, filem tersebut mendapat pelbagai anugerah dan menjadi antara filem wajib tonton yang direkomendasi pelbagai pengulas filem. 

Dalam satu temubual bersama Empire, Edgar Wright mendedahkan yang draf pertama untuk filem sekuel Baby Driver memang wujud. Setakat ini, kita tahu bahawa di dalam sekuel nanti akan ada watak baru. Namun, penggambaran mungkin tidak akan dijalankan dalam masa  terdekat kerana pengarah itu sibuk dengan sebuah filem thriller psikologi.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan