Reboot Filem 'Pirates of the Caribbean' Tidak Akan Tampilkan Watak Jack Sparrow

Pihak Disney mengesahkan bahawa reboot filem Pirates of the Caribbean yang bakal dihasilkan tidak akan menampilkan watak lakonan Johnny Depp, Jack Sparrow. Filem Pirates of the Caribbean yang bermula pada tahun 2003 menerima pujian dan juga keuntungan berganda apabila berjaya apabila watak Jack Sparrow menjadi pujaan peminat.


Namun, kutipan filem keempat siri Pirates of the Caribbean, Dead Men Tell No Tales agak mengecewakan sekalipun Jack Sparrow menjadi watak utama. Dalam satu temubual bersama The Hollywood Reporter, Sean Bailey sebagai ketua di bahagian penerbitan filem Disney menyatakan bahawa reboot filem Pirates of the Caribbean tidak akan menampilkan watak Jack Sparrow.

Reboot ini bakal dihasilkan daripada skrip tulisan Rhett Reese dan Paul Wernick yang mana pernah menulis skrip untuk filem Deadpool. Dan sememangnya jika dilihat daripada empat filem sebelum ini, watak Jack Sparrow sudah semakin hilang taring dan menerima pelbagai respon negatif kerana lawaknya yang berulang. 

Tambahan lagi, dengan karier Johnny Depp yang kini dihimpit kontroversi dengan pebagai skandal dan juga pertelingkahan dengan bekas isterinya, Amber Heard, sudah pasti Disney tidak mahu terpalit sama sekaligus membawa kepada pelbagai risiko kegagalan filem.

Pirates of the Caribbean 5 masih belum menjalani penggambaran. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan