Ulasan Filem: Kalla (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Wan Hasliza
Pelakon | Faizal Hussein, Farali Khan, Vanida Imran

2018 menandakan perubahan kerajaan. 2018 juga menandakan perubahan dalam idea pembikin filem. Banyak filem yang boleh dikategorikan di luar kotak pemikiran, dan ada yang berjaya, dan ada yang tidak.

Kalla ialah satu lagi filem yang muncul dalam para peminat filem sibuk meraikan Munafik 2, Hantu Kak Limah dan juga Paskal. Diterbitkan oleh penerbit yang kurang dikenali, Kalla ialah junior yang bakal dibuli senior. Memang patutlah Wan Hasliza undur diri dari projek ini kerana tidak bersetuju dengan tarikh tayangannya yang di tengah tengah filem besar.

Apapun, tak mengapalah. Biarkan kontroversi itu berlalu. Filem sudah ditayangkan. Dan isinya memang boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang boleh diperbincangkan. Sebuah idea yang mana menyanjungi Hollywood dan melayarkan di kapal filem Malaysia.

Kalla ni dalam bahasa mudah ibarat kau menonton filem Paycheck arahan John Woo dengan isinya pula seperti gaya National Treasure lakonan Nicholas Cage. Ada juga unsur Knight Templar versi Islamik yang mana membuatkan struktur filem ni tambah menarik.

Kita dipaparkan dengan kematian Sherina, isteri kepada seorang pensyarah sejarah, Azahar dalam pengeboman bangunan tempat isterinya bekerja. Dalam meratapi kematian Sherina, Azahar diserang sekumpulan pengganas dan membawa kepada tindakan siasatan polis bernama Rosdi.

Dari situ dia tahu, isterinya tak mati. Namun, forensik mengesahkan bahawa DNA isterinya sudah ditemukan dan Sherina diisytiharkan mati. Tetapi, Azahar mula percaya ada suatu tidak kena. Dia lalu bertemu dengan Uyun, yang mana mempertemukannya dengan Pak Manok.

Pak Manok lalu memberikan klu lokasi Kalla, dan ditemani Uyun, Azahar cuba merungkai segala klu untuk mencari isterinya yang kononnya ditawan di pengkalan Kalla. The twist, ianya lebih besar dan aku akan kisahkan kemudian. Apapun, ianya sebuah filem yang boleh layan.

Kalla memang sebuah filem yang dare to dream. Lakonlayarnya memang ada aura filem Hollywood. Ada struktur seakan National Treasure, sedikit aksi ala-ala Bourne punya movie yang masih ok, dan juga twist yang penuh dengan kejutan.

Kita dibawa mengikuti Azahar sebagai watak yang nerdy dan juga penuh ilmu. Dialog Azahar penuh dengan fakta sejarah yang disusun baik. Ianya ialah sesuatu yang boleh dibanggakan untuk sebuah filem Malaysia.

Ya, filem ni ialah milik Faizal Hussein. Filem ni berkisar tentang watak Azahar sepenuhnya. Ianya kemudiannya membawa kepada persepsi, antara percaya atau tidak dan juga kebenaran yang sukar untuk digambarkan.

Aku puji bagaimana dialog dan juga idea filem ini dibentangkan. Ianya sebuah filem yang ditulis dengan ilmiah, dibina dengan fiksyen yang jelas dan mempunyai niat untuk membina sebuah thriller yang bagus.

Aksi filem ni non stop. Ianya seperti roller coaster. Kau mungkin tak percaya kalau kau tak menonton. Bermula dari pengeboman bangunan, setiap babak diselang seli dengan aksi. Adventure Azahar dan Uyun penuh twist dan pergaduhan yang boleh dikatakan tidak mengecewakan.

CGI filem ni tak adalah buruk sangat. Ianya boleh dikatakan boleh tahan. Scene letupan bangunan antara yang menggunakan CGI dalam skala besar. Dan ianya aku puji even CGInya masih belum sempurna. Beberapa CGI yang digunakan untuk touch up beberapa babak agak 'mengerikan dan menggelikan' especially babak Azahar lompat antara dua bangunan selepas dikejar Rosdi.

Aku juga agak kecewa dengan ending filem ni yang tidak mega seperti pembukaan filem. Seharusnya, scene di markas Kalla itu harus dibesarkan dengan baik. Takkanlah semudah itu penjahat ditewaskan. Tak ada kick! Endingnya seakan terlalu rushing dan memenatkan.

Aku puas hati dengan Kalla. Even filem ni ada masalah dimana pengarahnya undur diri di saat akhir, filem ni membuktikan kita juga mampu ada filem seakan National Treasure. Kalla menggabungkan sejarah dan juga thriller dengan sempurna. Cacat cela di sana sini itu biasalah.

Namun, apabila berada di celah Hantu Kak Limah, Munafik 2, Paskal dan Polis Evo yang akan datang, Kalla memang kecil dan kelihatan sepi. Di saat semua penonton memandang filem terbitan Astroshaw sebagai filem yang menjadi raja di hati peminat, filem terbitan penerbit kecil ini mungkin akan dipandang sepi.

All the best to Kalla.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan