Kes Selesai! Michael Caine Jelaskan Pengakhiran Filem 'Inception' Yang Jadi Perdebatan


Selepas lebih lapan tahun para peminat filem Inception berdebat tentang pengakhiran filem Inception, pelakon Michael Caine yang turut terlibat dalam filem ini mungkin sudah merungkai berkenaan babak totem berpusing yang menjadi penamat kepada filem lakonan Leonardo DiCaprio ini. Untuk info, filem Inception diterbitkan pada tahun 2010.


Di babak akhir filem, kita dipaparkan dengan watak Cobbs yang bertemu dengan Professor Miles yang merupakan ayah mentuanya. Setibanya di rumah, Cobbs nampak kedua orang anaknya. Namun, sebelum bertemu dengan anaknya, Cobbs memusingkan totem berupa gasing kecil untuk memastikan dirinya tidak bermimpi lagi. Namun, belum sempat gasing itu henti, babak itu tamat.

Para penonton berdebat sama ada babak itu ialah masih mimpi Cobbs atau realiti. Ramai yang menyatakan bahawa Cobbs sebenarnya masih berada di dalam mimpi kerana tidak melihat gasing itu berhenti. Namun, ada juga yang menyatakan Cobbs sebenarnya berada di alam realiti kerana gasing itu kelihatan hampir berhenti apabila babak itu tamat.


Ketika bercakap di Film 4 Summer Screen pada Ogos lalu yang juga turut membincangkan tentang filem itu, Michael Caine mendedahkan sedikit perkara yang mungkin menyelesaikan perdebatan para peminat.
“When I got the script of Inception, I was a bit puzzled by it,” Caine said. “And I said to [Nolan], ‘I don’t understand where the dream is.’ I said, ‘When is it the dream and when is it reality?’ He said, ‘Well, when you’re in the scene, it’s reality.’ So get that — if I’m in it, it’s reality. If I’m not in it, it’s a dream.”
Michael Caine menceritakan yang dia pernah bertanyakan Christopher Nolan bagaimana hendak membezakan realiti dan juga mimpi. Christopher Nolan memberi penanda mudah dimana jika watak Professor Miles ada, maka ianya ialah realiti. Jadi, ianya terus memberikan penamat kepada perdebatan penamat Inception dimana babak akhir itu sebenarnya babak realiti dan sememangnya gasing itu akan berhenti. 

Ianya logik kerana Professor Miles hanya muncul dua kali sahaja iaitu di awal filem dan juga di akhir filem. Berkemungkinan wataknya itu sebenarnya memberi klu untuk membezakan realiti dan fantasi. Lagipun, Professor Miles tidak pernah terlibat dengan kumpulan itu secara langsung dan bukan sebahagian dari memori Cobbs yang terperangkap. 

Nah, jawapannya sudah ada. Cobbs akhirnya kembali ke realiti.

There you have it, Inception fans. Since Caine is in the final scene, it’s reality. Case closed. The totem falls.
Revisit the iconic ending below.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan