Huraian Babak Kemuncak Filem '22 July' [SPOILER ALERT]


Filem terbaru Paul Greengrass terbaru, 22 July kini sudah hadir di laman penstriman Netflix. Ianya berdasarkan kisah benar Anders Behring Breiviks yang mana melakukan serangan ke atas dua tempat, iaitu Oslo dan Utøya, Norway pada 22 Julai, 2011. Pembunuhan beramai-ramai itu membawa kepada kematian 77 orang, dimana kebanyakannya ialah remaja.


22 July mengisahkan perjalanan watak utama, Anders Behring Breiviks dan juag seorang mangsa serangan, Viljar Hanssen, yang mana ditembak lima kali oleh Breiviks namun selamat untuk mengikuti sesi mahkamah. Filem 22 July bermula dengan paparan bagaimana Breiviks melancarkan serangan dan berakhir dengan pertemuan Viljar dan Breiviks di sesi mahkamah.

Semestinya, sebagai sebuah filem, 22 July menggunakan lesen kreatif untuk mencipta lebih drama terhadap kejadian yang berlaku. Untuk pengetahuan, ini ialah filem kedua yang berkaitan tragedi ini yang difilemkan. Sebelum ini, pada Februari 2018, pengarah Norway, Erik Poppe juga hadir dengan filem dengan kisah sama yang bertajuk U-July 22 yang mana berfokus kepada serangan di Utøya sahaja.

Kami huraikan perbezaan antara kejadian sebenar dan juga versi filem dan apa yang sebenarnya berlaku ketika serangan dan juga selepasnya. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mengandungi SPOILER MAJOR yang mungkin mengganggu korang yang masih belum menonton.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

22 JULY VS KISAH SEBENAR


Separuh dari masa awal filem 22 July dihabiskan dengan paparan persediaan sebelum serangan dan juga sesi serangan yang berlaku. Baki masa selepas itu pula berfokus kepada kesan post trauma yang berlaku terhadap watak Viljar yang mana ditembak lima kali. Kita juga dipaparkan dengan watak Geir Lippestad, peguam yang diminta oleh Breivik untuk mempertahankan dirinya.

Setiap paparan serangan dipaparkan setepat mungkin berdasarkan laporan rasmi. Selepas melaksanakan serangan di kuaters kerajaan di Oslo, Breivik menghala ke Utøya dan menyamar sebagai pegawai polis. Setibanya di pulau, dia membunuh MOnica Bøsei dan juga pegawai keselamatan, Trond Berntsen sebelum membunuh remaja di pulau itu.

Korang boleh baca kenyataan Viljar di mahkamah di link ini [klik sini] dan jelas terbukti bahawa dialog di dalam filem dan versi sebenar berbeza dengan filem. Apabila dibandingkan, kita tahu bahawa jenaka Viljar apabila dia menyatakan bahawa dirinya bersyukur apabila dia buta sebelah mata supaya dia tidak dapat melihat Breivik ketika sesi mahkamah ialah rekaan semata-mata.

Antara perbezaan ketara versi filem dan kejadian sebenar ialah durasi serangan yang berlaku. Walaupun di dalam filem, serangannya hanyalah 15 minit, serangan sebenar sebenarnya berdurasi lebih kurang sejam setengah. Hal ini kerana pihak polis bermasalah untuk mencari pengangkutan ke pulau berkenaan.

Dalam kenyataan sebenar, Viljar menyatakan bahawa adiknya, Torje menelefon keluarganya ketika kejadian tembak menembak berlaku. Namun, dia tidak menggemari tindakan adiknya itu kerana tidak mahu ibu bapanya risau. Viljar sendiri sebenarnya tidak ingat dimana dia ditembak. Tetapi, dia ingat dimana dia meminta adiknya itu supaya beredar dari siru.

Di dalam filem, dia digambarkan di tembak dan cuba untuk kekalkan dirinya supaya tidak pengsan. Namun, dia akhirnya menyerah dan pengsan lalu dibawa ke hospital dan koma semasa dia dirawat.

Paul Greengrass juga memberi fokus yang lebih kepada peguam Breivik, yakni Leppestad. Seperti yang dipaparkan di dalam filem, Lippestad memang pernah mendapat ancaman terhadap dirinya dan juga keluarga yang menyatakan dirinya sebagai penyokokng Nazi. Pernah juga rumahnya diconteng dengan lambang Swastika.

22 July juga cuba memaparkan Lippestad seperti watak dunia sebenar. Tidak ada sikap prejudis kerana seorang peguam hanya melakukan tugasnya untuk memastikan keadilan terjaga. Seperti apa yang dipaparkan di dalam filem ini, Lippestad akhirnya berjaya melakukan tugasnya dan tidak merasakan bahawa Breivik mendapat kemenangan walaupun setelah apa yang dia dah lakukan.

HUKUMAN TERHADAP BREIVIK: VERSI FILEM VS VERSI SEBENAR


Satu-satunya perubahan besar yang dilakukan oleh filem ini terhadap kejadian sebenar ialah perubahan terhadap hukuman yang dikenakan terhadap Breivik. Hal ini berkemungkinan untuk memudahkan peminat antarabangsa memahami hukuman yang dikenakan oleh Breivik yang mana sedikit ringan jika dilihat dari versi sebenar.

Di dalam filem, Breivik dikenakan tindakan penjara sehinggalah dia tidak lagi menjadi ancaman kepada orang awam. Di dalam versi sebenar, Breivik sebenarnya hanyalah dipenjara selama 21 tahun. Kalau nak ikutkan, 21 tahun itu sebenarnya bolehlah dikira sebagai hukuman seumur hidup. Ianya ayat yang berbeza tetapi mempunyai definisi yang hampir sama.

Semestinya di dalam versi sebenar, hukuman selama 21 tahun kelihatan amat ringan dengan huru hara yang telah dilakukan. Di dalam undang-undang Norway, 21 tahun ialah tempoh paling maksimum seseorang pesalah boleh dipenjara jika penjenayah bukanlah melaksanakan jenayah perang. Namun, hukuman 21 tahun itu boleh dipanjangkan dan berkemungkinan Breivik akan hidup di dalam penjara seumur hidup.

Disebabkan sukar untuk menjelaskan tentang undang-undang Norway yang sedikit sukar, maka, Paul Greengrass memilih untuk memberi terjemahan mudah terhadap hukuman Breivik dalam versi filem untuk memudahkan penonton memahaminya. 

Walaupun perbezaan hukuman yang dihuraikan dalam filem dan versi sebenar, bilik penjara yang mana diduduki oleh Breivik sebenarnya hampir tepat dengan bilik penjara sebenar Breivik. Walaupun kita agak sedikit terkejut dengan penjara Breivik yang seakan bilik dorm pelajar, sememangnya begitulah penjara Norway.

Penjara Norway tidak dibina untuk memenjara tetapi untuk memulihkan penjenayah. Ianya tidak dibina untuk menghukum tetapi cuba untuk memanipulasi minda supaya dekat dengan kehidupan normal. Bilik penjara Breivik mempunyai 3 bilik kecil (satu untuk belajar, satu untuk tidur dan satu lagi untuk latihan jasmani serta mempunyai tandas sendiri). 

Malah, di bilik itu juga disediakan televisyen, permainan konsol dan juga surat khabar. Breivik hanya tidak disediakan kemudahan internet dan juga dilarang berkomunikasi dengan penjenayah lain yang berada di bilik penjara bersebelahan. 

APA YANG TERJADI SELEPAS FILEM 22 JULY TAMAT


Seperti yang disebutkan sebelum ini, Anders Behring Breivik menerima hukuman 21 tahun penjara yang mana menempatkannya di penjara Skien. Jika dia tidak melakukan apa-apa perkara yang melanggar perjanjian terhadap hukumannya, dia mungkin akan dilepaskan pada tahun 2033 jika dirinya tidak menjadi ancaman terhadap masyarakat.

Viljar Hanssen kini juga sudah berusia 20an dan sudah melanjutkan pelajaran di University of Tromsø. Dia tidak terlibat dengan penggambaran filem ini. Selepas sahaja filem ini ditayangkan, dia mengeluarkan kenyataan di laman instagramnya dan mengharapkan filem ini mencetuskan perbincangan positif terhadap apa yang terjadi:


Lara Rashid, yang mana dilakonkan oleh Seda Witt hanya berumur 16 tahun ketika serangan. Dia kehilangan kakaknya. Kini, dia bekerja di kedutaan Norway di Sarajevo. Lara Rashid menyokong penuh filem ini namun mengkritik tindakan filem ini yang hanya fokus kepada perspektif empat lelaki berkulit putih dan tidak menggambarkan kebencian Breivik terhadap wanita.

Breivik dilaporkan sentiasa tidak berpuas hati dengan bilik penjaranya dan menggambarkan kerusinya begitu menyeksakan, tandas pula seperti neraka, dan juga suhu kopi pun tidak kena dengan citarasanya. Malah, Breivik juga tidak berpuas hati dengan Playstation 2 yang disediakan dan meminta supaya disediakan Playstation 3. Dia juga pernah komen tentang pen yang disediakan tidak egornomik untuk dia menulis.

Pada tahun 2016, mahkamah Norway mendapati bahawa hak kemanusiaan Breivik telah dilanggar apabila dia menyaman penjaranya kerana melakukan serbuan sehingga memaksanya berbogel. Namun, tindakan ini berjaya diselesaikan pada tahun 2017 apabila tindakan samannya ditolak oleh Mahkamah Hak Kemanusiaan Eropah.





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan