Disney Rancang Untuk Reboot Francais Filem 'Pirates of the Caribbean'


Disney dilaporkan sedang mempertimbangkan filem reboot untuk filem francais Pirates of the Caribbean dari penulis filem Deadpool, Rhett Reese dan Paul Wernick. Filem Pirates of the Caribbeans yang sudah ada 5 filem sebelum ini sudah mencecah kutipan keseluruhan berjumlah USD4.5 billion di seluruh dunia.


Sebelum ini, filem kelima POTC, Dead Men Tell No Tales dilaporkan menjadi filem yang mereboot filem POTC secara halus. Kini, Deadline melaporkan bahawa filem ketujuh dalam siri POTC akan merupakan versi segar filem POTC yang mana mereboot terus keseluruhan plot filem. Perancangan ini sebenarnya sudah lama semenjak awal tahun 2018 lagi.

Buat masa ini, penulis lakonlayar filem Deadpool, Rhett Reese dan Paul Wernick masih lagi di peringkat awal pertimbangan untuk menulis lakonlayar filem berkenaan. Kedua dua penulis lakonlayar ini sebelum ini pernah juga terlibat menulis lakonlayar untuk filem Zombieland dan juga sekuelnya beserta filem aksi Netflix, 6 Underground yang diarahkan Michael Bay.

Namun, buat masa ini, perkara ini masih lagi sebuah khabar angin. Filem Dead Men Tell No Tales juga sudah mempunyai post credit yang bakal memberi klu kepada filem ketujuh. Sudah semestinya, Disney sudah mempunyai perancangan untuk meneruskan filem ini dengan cara mereka yang tersendiri. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan