New Line Cinema Beli 'Train To Busan', James Wan Bakal Terbitkan Remake


James Wan dilaporkan akan menerbitkan filem remake untuk filem zombie popular dari Korea, Train To Busan. Penerbit dan pengarah filem seram yang popular dengan filem The Conjuring kini nampaknya sedang mengendalikan pelbagai projek termasuk Aquaman yang bakal terbit hujung tahun ini.


Perkara ini diumumkan oleh Deadline yang mana melaporkan bahawa James Wan akan menerbitkan remake filem ini manakala Gary Daruberman akan menulis lakonlayar filem ini. Banyak studio besar Hollywood cuba untuk membeli hak penerbitan semula filem ini. Namun, dilaporkan bahawa New Line Cinema berjaya memperoleh hak untuk menerbitkan remake filem berkenaan.

Gabungan James Wan dan Gary Dauberman sudah berlaku sejak lama. Gary Dauberman ialah penulis lakonlayar filem Annabelle, Annabelle: Creation dan juga The Nun. Dia juga bakal mengarahkan filem pertamanya iaitu Annabelle 3 yang juga diterbitkan oleh James Wan.

Buat masa ini, tiada pengumuman tentang siapakah yang bakal mengarahkan filem ini. Namun, ramai beranggapan bahawa Gary Dauberman layak untuk mengarahkan filem ini yang diterbitkan oleh James Wan sendiri. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan