Filem 'Jungle Cruise' Akhirnya Selesai Jalani Penggambaran



Produksi filem Jungle Cruise mengeluarkan satu lagi video meraikan berakhirnya proses penggambaran filem tersebut. Filem lakonan Dwayne Johnson dan Emily Blut ini diadaptasi daripada permainan taman tema popular pada tahun 1955 dengan aksi dan juga penggambaraan yang menarik. Ini ialah filem seterusnya selepas kejayaan The Pirates of the Caribbean yang mengadaptasi permainan taman tema menjadi filem.

Korang boleh tonton video itu di bawah:


Dalam filem ini, Dwayne Johnson melakonkan watak Captain Frank, pemandu bot sungai yang membawa seorang saintis bernama Lily (Emily Blut) dan juga adiknya (Jack Whitehall) dalam satu pengembaraan mencari pokok misteri yang boleh menyembuhkan penyakit. Dalam pengembaraan, mereka juga dikejar beberapa watak antagonis lakonan Edgar Ramirez dan Jesse Plemons. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan