Arnold Schwarzenegger Akan Muncul Dalam Filem 'The Predator'?

Pelakon asal filem Predator sebenarnya boleh sahaja muncul dalam filem terbaru The Predator yang bakal menemui penonton tak lama lagi. Ramai yang berharap pelakon itu akan muncul untuk membuka ruang kepada pengembangan plot francais Predator yang lebih luas. Filem Predator sememangnya sebuah filem masterpiece!


Malangnya, ketika sekuelnya diterbitkan, Arnold Schwarzenegger menolak untuk muncul dalam sekuelnya yang diterbitkan pada tahun 1990 dan digantikan dengan watak lakonan Danny Glover. Sebab penolakannya ialah dia mahu fokus kepada filem Terminator 2. Selepas itu, pada tahun 2010, sekuel terbaru Predators diterbitkan dengan mengabaikan watak lakonan aktor sado itu.

Semua orang tahu bahawa Arnold Schwarzenegger ditawarkan untuk sebuah cameo dalam filem The Predator, namun dia menolak. Dalam satu temubual bersama Digital Spy, pengarah The Predator menjelaskan sebab penolakan itu.
The studio wanted a fresher movie that featured an evolving cast. They didn't want to hinge the movie on the re-emergence of Schwarzenegger. It would probably be more of a matter of his showing up briefly and just participating at the very end, at the climax of the movie. Understandably – and believe me, I completely get it – he said, 'Look, that's kind of a small part, and I don't really think I want to do that. I'm off to do Terminator with Jim Cameron, basically. Or for Jim Cameron. So I totally got it, you know? If I was Schwarzenegger, I'd want to be one of the stars of a film or nothing.I even said to him, 'If you're in this one, we would open it up for the sequel, because now you're back in the franchise.’ So you know, if there's another movie, there's no reason why he couldn't be either in it, or the star of it, or whatever someone decides at a future date.
Sekali lagi Arnold sebenarnya menolak peranan kecil itu kerana mahukan peranan yang lebih besar dalam filem terbaru Terminator yang sedang menjalani penggambaran. Dikatakan bahawa watak Arnold Schwarzenegger dirancangkan akan dimunculkan di akhir filem untuk beberapa baris dialog sahaja, namun ianya kini tidak menjadi kenyataan. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan