Priyanka Chopra Tarik Diri Dari 'Bharat', Bakal Berkahwin Dengan Nick Jonas


Pelakon watak utama filem Bharat, Priyanka Chopra menarik diri daripada terlibat dengan filem tersebut dan digantikan dengan pelakon Katrina Kaif. Perkara ini diumumkan oleh pengarah filem Bharat, Ali Abbas Zafar. Katrina Kaif dan Salman Khan sebelum ini pernah bergandingan dalam filem arahan pengarah ini, Tiger Zinda Hai.



Antara sebab penarikan ini ialah kerana persediaan majlis perkahwinan Priyanka Chopra dengan Nick Jonas yang sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi. Walaupun penarikan diri Priyanka Chopra ini mengganggu sedikit proses penggambaran, pengarah filem tersebut tetap memahami dan mengucapkan tahniah terhadap perkahwinannya.

Dilaporkan bahawa Priyanka Chopra dan Nick Jonas sudah pun bertunang pada 18 Julai lalu. Beberapa sumber menyatakan bahawa Nick Jonas telah menutup sebuah kedai barang kemas, Tiffany di New York City hanya untuk mencari cincin yang terbaik untuk kekasih hatinya itu. 

Kedua-duanya bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 26 September sempena harijadi ke 26 Nick Jonas. 

Catat Ulasan

0 Ulasan