Michael Bay Bakal Terbitkan Filem Adaptasi Untuk Filem Pendek Seram 'Meet Jimmy'


Pengarah filem aksi blockbuster, Michael Bay bakal menerbitkan sebuah filem yang berkisar tentang sebuah podcast berhantu yang membunuh pendengarnya. Filem yang diberi tajuk Meet Jimmy ini bakal diarahkan oleh David-Jan Bronsgeest yang mana merupakan pengarah kepada filem pendek tajuk yang sama.


Filem pendek Meet Jimmy baru sahaja ditayangkan di Fantasia Film Festival dan bakal mengikut jejak Lights Out, The Babadook, Mama, Oculus dan Trick 'r Treat yang mana semuanya berasal daripada filem pendek. 

Meet Jimmy mengisahkan pembunuh bersiri bernama Jimmy Two Finggers yang mana menggunakan dua jarinya untuk menutup sistem pernafasan dan melemaskan mangsa. Deadline melaporkan bahawa Paramount sudah pun mendapatkan hak cipta untuk menerbitkan filem penuh Meet Jimmy yang bakal diterbitkan oleh Michael Bay dibawah syarikat Platinum Dunes dan The Picture Company.

Paramount merancang untuk menjadikan filem Meet Jimmy sebagai sebuah francais. Dengan musim filem seram Hollywood yang dah kembali meriah, diharap Meet Jimmy boleh menyerlah menjadi satu lagi ikon filem seram.

Catat Ulasan

0 Ulasan