Kategori Untuk Filem Popular Bertanding Di Oscar Kini Diwujudkan



The Academy Awards yang juga dikenali sebagai Oscars kini menambah satu kategori baru dalam sambutannya tahun depan. Kategori yang dikenali sebagai 'Outstanding Achievement in Popular Film' akan menjadi platform kepada filem-filem popular seperti Black Panther, Ready Player One dan Mission Impossible: Fallout untuk bertanding. 


Perkara ini diumumkan oleh The Board of Governers melalui kenyataan rasminya yang menyatakan kategori ini akan raikan bermula pada majlis Oscar ke 91 tahun depan. Namun begitu, mereka tidak pula mendedahkan ciri-ciri filem yang layak untuk bertanding bagi kategori berkenaan. 

Antara perubahan lain yang diumumkan oalah pemendekan majlis kepada 3 jam siaran sahaja supaya seluruh dunia dapat menontonnya. Malah, tarikh majlis diawalkan kepada 9 Februari bagi sambutan ke 92 pada tahun 2020 nanti.

Pengumuman ini mencetuskan kontroversi namun pihak The Board of Governors mengumumkan akan ada beberapa anugerah yang akan diumumkan ketika waktu siaran iklan dan akan diedit kemudiannya untuk disiarkan di kaca tv.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan