'Jumanji 3' Akan Beri Lebih Penghormatan Kepada Filem Asal

Walaupun Jumanji: Welcome to the Jungle hanya mempunyai sedikit sahaja rujukan kepada filem asal, Jumanji 3 akan terus memberikan kaitan yang lebih lagi kepada filem asal. Welcome to the Jungle ialah filem kedua dalam siri filem Jumanji setelah filem pertamanya diterbitkan pada tahun 1995. Filem asal itu dilakonkan Robin Williams sebagai teraju utama.


Jumanji: Welcome to the Jungle menaikkan taraf dari sebuah kisah berkenaan boardgame kepada permainan video. Selaras dengan peredaran masa, permainan video mungkin lebih dekat dengan penonton alaf baru walaupun boardgame ada peminat yang tersendiri. Filem ini juga memberi tribute kepada ALan Parrish dengan cara tersendiri.

Pengarah filem Jumanji 3, Jake Kasdan mengesahkan bahawa Jumanji 3 akan mempunyai lebih rujukan kepada filem Jumanji ketika ditanya dalam satu temubual bersama Slashfilm.
Our hope is to keep a long continuity through the whole thing. We love the idea of keeping all of this together and connected in some way or another.
Selain itu, dilaporkan juga bahawa Jumanji 3 akan cuba ditayangkan pada musim Krismas 2019 seperti yang dirancangkan. Jumanji: Welcome to the JUngle menjadi filem yang berjaya daripada Sony. Ianya sekaligus menewaskan kutipan filem Spider-man versi Sam Raimi yang menjadi filem Sony dengan kutipan paling tinggi. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan