Ulasan Filem: Skyscraper (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Rawson Marshall Thurber
Pelakon | Dwayne Johnson, Neve Campbell, Chin Han, Roland Møller, Noah Taylor

Skyscraper ialah sebuah filem lakonan terbaru Dwayne Johnson yang sememangnya ditunggu pada tahun ini. Sebelum ini, pelakon ini hadir dengan filem Rampage sekaligus menjadikan Skyscraper filem kedua lakonannya pada tahun 2018.

Dwayne Johnson kali ini bukan sahaja berlakon, malah turut bertindak sebagai penerbit filem ini. Dan ini ialah filem pertama arahan Rawson Marshall yang bergenre aksi cemas. Sebelum ini Rawson Marshall banyak mengarah filem komedi. Ini juga ialah gandingan kedua pengarah ini dengan Dwayne Johnson selepas Central Intelligence.

Skyscraper mengisahkan bekas ejen FBI yang kudung kaki sebelah, Will Sawyer yang menginap di bangunan paling tinggi di dunia, The Pearl. Will Sawyer berkhidmat sebagai penasihat keselamatan bangunan tersebut yang dalam fasa akhir pembukaannya.

Selepas Sawyer mengesahkan bangunan tersebut selamat dan bahagian atasnya boleh dibuka, pemilik bangunan tersebut, Zhao Long Ji memberi full access kod melalui sebuah tablet kepada Sawyer.

Kerja Sawyer yang dirasakan sudah selesai rupanya baru bermula. Sekumpulan pengganas diketuai Kores Botha mahu membuat huru hara di bangunan itu dengan membakar satu tingkat tinggi bangunan tersebut. Dan nak dijadikan cerita, anak bini Sawyer terperangkap di dalam bangunan itu. Sawyer yang ketika itu di luar bangunan terpaksa cuba untuk masuk semula ke dalam bangunan tersebut yang sedang terbakar dan berhadapan dengan pengganas yang gila!

Ringkasnya, plot filem ini mudah. Ianya mirip filem Die Hard. Ada satu misi yang perlu diselesaikan, dan seluruh filem ialah berkenaan misi tersebut. Bagi penggemar aksi, filem yang mempunyai plot ringkas gini memang layan.

Ianya filem popcorn! So jangan harap terlalu banyak elemen baru dan segar dalam plot filem ni. Ianya seperti diinspirasikan directly dari Die Hard dengan menggunakan teknologi baru. Itu sahaja.

Lakonan Dwayne Johnson sememangnya boleh dikatakan terbaik. Filem ini hampir 90% berkisar tentang watak Sawyer. Dan seluruh filem ini dilakonkan dengan cemerlang oleh Dwayne Johnson. Jika nak dibandingkan dengan Rampage, Skyscraper memang lebih menonjolkan sisi lakonan Dwayne Johnson yang luar biasa.

Filem ini tidak menampilkan aksi Dwayne Johnson menggunakan senjata api. Itu antara keunikannya. Watak Sawyer dilihat lebih menggunakan hand to hand combat atas sebab tertentu. Memang menarik weyh! Cuma bab hand to hand combat ni, Jason Statham masih tak terkalah.

Visual mengujakan. Aku boleh katakan bahawa visual dan paparan bangunan dan segala kekacauan dalam filem ni terbaik. Rasa gayat tu ada terutama scene sebelum Sawyer masuk ke dalam bangunan.

Cuma aku ada sikit masalah dengan watak jahat, Kores Botha. Wataknya terlalu tenggelam kerana keinginan untuk menceritakan survival Sawyer melebihi had. Kores Botha dan Zhao Long Ji gagal untuk membina chemistry untuk membentuk dua sisi yang berlawanan.

Entah kenapa, jika dalam kalangan pelakon jahat, Korea Botha tenggelam dalam watak pengkhianat yang mati awal tu. Malah, tiada elemen kaitan antara Sawyer dan Botha menjadikan hubungan antara mereka macam longgar dan gagal untuk membina emosi yang mencengkam.

Ending filem ini agak ringkas. Terlalu cepat untuk menyelesaikan filem padahal sepanjang filem, Sawyer bersusah payah untuk ke dalam bangunan. Ianya agak mengecewakan sikit di situ.

Agak tidak logik tentang kedudukan bebola kat atas bangunan The Pearl tu macam dalam pertempuran akhir. Bebola tu ada kat atas bangunan, tapi, kenapa bila penjahat jatuh ke lubang yang terjadi disebabkan letupan tu, diorang jatuh terus eh ke bawah macam takde bangunan di bawah?

Malah, bebola tu bulat. Secara teorinya, bahagian mendatar bebola tu berada di tengah lah. Jadi bila letupan, pasti kita dapat tengok separuh lagi bahagian bebola di bahagian bawah lantai. Tapi, bila penjahat jatuh, tak nampak pun half of the sphere? Bebola ni bulat full atau separa bulat?

Anyway, layan filem ni dengan abaikan logik. It's fun! Cemas dan menggayatkan. Memang kalau nak dibanding dengan Rampage, secara peribadi, filem ni better. Dwayne Johnson seolah tahu apa yang penonton nak. Skyscraper boleh disifatkan sebagai hiburan popcorn yang cliche, but entertaining. Ianya tak hebat, tapi cukup untuk sebuah hiburan.

Catat Ulasan

0 Ulasan