Adaptasi Filem 'Metal Gear Solid' Sudah Ada Skrip, Tunggu Masa Untuk Difilemkan


Filem berdasarkan permainan video Metal Gear Solid kini disahkan mempunyai skrip menurut pengarah Jordan Vogt-Roberts. Hollywood sedang duba untuk membawa adaptasi permainan video itu semenjak tahun 2006 lagi namun ianya masih belum dapat direalisasikan. Pada tahun 2007, Sony cuba untuk menerbitkan filem ini namun gagal juga.


Selepas pelbagai peringkat usaha untuk menerbitkan filem ini gagal, projek ini kembali aktif pada tahun 2012 dengan kerjasama erat Kojima Productions dan Columbia Pictures. Pada tahun 2014, didedahkan bahawa Vogt-Roberts bakal menjadi pengarah filem tersebut.

Ketika bercakap kepada IGN, Vogt-Robers mendedahkan bahawa adaptasi itu akan direalisasikan dalam masa terdekat. Apabila ditanya sama ada filem Metal Gear Solid akan diarahkan olehnya atau tidak, dia menjawab:
Ah, we actually just turned in the script... and I think it's one of the best scripts I've ever read. It's one of the coolest, weirdest, most Kojima things. Even being involved with it, I look at it as someone who was, like, I would make the hell out of this movie. But if I wasn't involved in it, then I would still look at that script and be like holy s***!
Para peminat filem adaptasi permainan video menunggu adaptasi ini hampir 20 tahun. Berita ini mungkin meredakan penantian peminat sekian lama. Namun, buat masa ini, dengan pelbagai filem adaptasi permainan video yang gagal menyerlah di pawagam, kita hanya boleh mengharap dan menanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan