Teenage Mutant Ninja Turtles Akan Dapat Filem 'Reboot' Baru


Karakter Ninja Turtle bakal mendapat filem reboot terbaru. Perkara ini disahkan oleh The Hollywood Reporter. Menurut laman tersebut, penulis lakon layar Andrew Dodge telah diarahkan untuk menulis skrip untuk filem terbaru karakter Teenage Mutant Ninja Turtle. Filem ini akan diterbitkan oleh Platinum Dunes yang sebelum ini menerbitkan filem Ninja Turtle pada 2014 dan 2016.


Filem kali ini tidak berkesinambungan daripada filem terbitan Platinum Dunes sebelumnya. Malah, dilaporkan bahawa pelakon daripada dua filem sebelum ini iaitu Megan Fox dan Stephen Amell tidak akan kembali dalam filem terbaru ini.

Filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang diterbitkan pada tahun 2014 ialah sebuah filem yang berjaya. Filem tersebut berjaya mengutip USD 493 juta dalam kutipan seluruh dunia walaupun mendapat kritikan negatif. Sekuel filem tersebut iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows pula gagal menyaingi filem pertama apabila hanya mengutip USD 245 juta sahaja daripada bajet asal berjumlah USD 135 juta.


Checkout Youtube kitorang, jangan lupa SUBSCRIBE!

Catat Ulasan

0 Ulasan