Kisah Persahabatan Manusia Dan Robot Dalam 'Bumblebee'. Tonton Trailer Di Sini!

Bumblebee ialah filem sains fiksyen terbaru araan Travis Knight daripada lakonlayar Christina Hodson. Filem ini berkisar tentang watak Bumblebee dan merupakan filem keenam daripada siri filem live-action Transformers. Filem ini ialah prekuel kepada filem Transformers sebelumnya dan juga bertindak sebagai reboot kepada francais transformers.


Filem ini dibintangi oleh Hailee Steinfeld, John Cena, Jorge Lendeborg Jr., Jason Drucker, Kenneth Choi, Gracie Dzienny, Rachel Crow, dan Pamela Adlon. Kali ini, filem ini lebih ringan dan juga light-hearted daripada filem arahan Michael Bay. Ini ialah filem pertama dalam siri Transformers yang tidak diarahkan oleh Michael Bay tetapi sebaliknya dia hanya bertindak sebagai penerbit sahaja.

Sinopsis
20 tahun sebelum kejadian filem Transformers yang pertama, pada tahun 1987, Bumblebee bersembunyi di gudang buruk di California. Dia bertemu dengan gadis bernama Charlie Watson. Kemudian, mereka mendapati bahawa mereka diburu oleh Agensi Kerajaan yang dikenali sebagai Sector Seven yang mana diketuai oleh Agent Burns (John Cena).

Trailer

Catat Ulasan

0 Ulasan