'Dawn Raid' Dijangka Tayang Pada Hari Kebangsaan 2019

Semenjak beberapa hari lepas, trailer sebuah filem terbaru arahan Bront Palarae tular di media sosial. Trailer berdurasi 4 minit itu memaparkan kisah di sebalik kejadian serangan subuh ke atas saham Guthrie pada 7 September 1981. Trailer tersebut menampilkan lakonan Shaheizy Sam, Sofia Jane dan beberapa lagi pelakon terkenal.


Shaheizy Sam akan memainkan peranan sebagai Tan Sri Khalid Ibrahim. Ketika dihubungi Astro Awani, Bront Palarae menzahirkan rasa syukur apabila trailer tersebut viral.
Syukur Alhamdulillah daripada sambutan yang kami lihat setakat ini, ia membawa keyakinan kepada pihak produksi dan yang terlibat dalam projek ini

Buat masa ini, filem ini masih dalam proses mengumpul dana. Trailer tersebut dilahirkan dengan dana MDEC. Menurut Bront, filem ini juga akan ditayangkan dalam dwibahasa.
Dengan menggunakan dana daripada MDEC, kami dapat berkongsi visi filem ini melalui trailer yang baru dikeluarkan bertujuan untuk mengumpul lebih dana bagi memulakan penggambaran. Filem yang bakal ditayangkan dalam versi dwibahasa itu akan memulakan penggambaran sejurus medapat dana.
Dawn Raid’ mengambil inspirasi dari sebuah peristiwa benar isitu kisah sekumpulan anak Melayu yang melancarkan gerakan sulit untuk mendapatkan semula tanah-tanah yang dipegang oleh Inggeris selama lebih 100 tahun. Mereka melancarkan 'serangan' ke atas saham perladangan Guthrie di London pada waktu fajar 7 September 1981, untuk mengambil alih pemilikan itu secara mengejut. 



Gerakan sulit itu turut melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disertai tindakan peranan utama lain seperti orang besar dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan bekas menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim. 

Apapun, kami menunggu perkembangan filem ini dari masa ke masa. Semoga filem ini dapat direalisasikan untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia!

Catat Ulasan

0 Ulasan