'Bad Boys 3' Dapat Tarikh Tayangan Baru Setelah Ditunda Sebelum Ini


Filem sekuel ketiga Bad Boys yang bertajuk Bad Boys For Live kini sudah mendapat tarikh baru. Filem Bad Boys yang diarahkan sebelum ini oleh Michael Bay sudah 20 tahun berlalu semenjak francais itu bermula pada tahun 1998. Filem ini juga antara yang memulakan karier Will Smith sebagai pelakon bintang aksi apabila digandingkan dengan Martin Lawrence.


Bad Boys 3 pada asalnya dirancang untuk tayangan tahun 2017, namun ianya dibatalkan. Ketika itu, pengarah Joe Carnahan dijangka akan mengambil tugas sebagai pengarah. Namun, pengarah itu meninggalkan projek itu sekaligus menyebabkan filem ini tertangguh. Kini, Sony Pictures sudah mendapat pengarah baru dan Bad Boys 3 akan menjalani penggambaran tahun depan!

Sony Pictures telah memutuskan bahawa tayangan filem Bad Boys For Life ialah pada 17 Januari 2020. Jika penggambaran bermula tahun ini atau awal tahun 2019, sememangnya filem ini akan ditayangkan tepat seperti jadual. Namun, sekarang ini semuanya terserah kepada perjalanan proses penggambaran kelak.


Catat Ulasan

0 Ulasan