Peter Jackson Bakal Terbitkan Siri TV 'Lord of the Rings' Untuk Amazon


Satu laporan menyatakan bahawa adanya satu perjanjian melibatkan siri tv The Lord of the Ring dan juga Peter Jackson yang mana dianggarkan bernilai USD1 billion. Buat masa ini, tidak pasti lagi siri tv The Lord of the Rings bakalberkisar tentang apa, namun ada khabar angin menyatakan bahawa ianya akan menjadi prekuel kepada filem Lord of the Rings.



The Hollywood Reporter melaporkan bahawa kos pembikinan siri tv ini bakal mencecah USD1 billion. Ianya termasuklah kos produksi dan juga kos berjumlah USD 250 juta yang dibayar oleh pihak Amazon untuk mendapatkan hak cipta. Amazon berjaya mengalahkan Netflix yang juga mengejar untuk mendapatkan hakcipta sama.

Filem Lord of the Rings sebelum ini bernilai lebih kurang USD500 juta setiap satu. Penciptaan siri tv untuk dunia ciptaan Tolkien ini semestinya memerlukan kos yang besar. Pada masa yang sama, memastikan siri tv itu mendapat pujian ramai ialah amat penting kerana Amazon pasti tidak mahu pelanggannya tidak berpuas hati sekaligus merosakkan siri tv yang dibeli hakciptanya dengan harga yang agak mahal itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan