Filem Kesembilan 'Jigsaw' Dalam Proses Perancangan


Peluang untuk menyaksikan sekuel terbaru Saw nampaknya cerah apabila dikhabarkan filem tersebut kini dalam peringkat penulisan draf awal. Walaupun penerimaan peminat terhadap filem ke lapan Saw agak kurang memuaskan, ianya berjaya mencatatkan kutipan memberansangkan sekaligus memberi ruang untuk sekuel seterusnya dijayakan.


Tujuh tahun selepas filem ketujuh Saw, Jigsaw diterbitkan pada Oktober 2017. Walaupun John Kramer sudah meninggal dunia dalam Saw 3, eksplorasi filem Saw nampaknya tidak terhenti. Pengarah The Spierig Brothers membuka jalan baru kepada plot dan memberi penghormatan kepada filem asal dalam naskah terbaru itu.

Pada minggu pembukaan, filem ini menjadi filem kedua terendah di US bagi siri filem tersebut. Namun, di seluruh dunia pula, filem ini mengutip USD1.2 juta daripada bajet berjumlah USD10 juta sekaligus memberi ruang kepada penerbit untuk menghasilkan filem baru. Jika laporan ini benar, nampaknya tidak lama lagi kita akan menyaksikan Saw 9!



Catat Ulasan

0 Ulasan