Akhirnya, filem Salman Khan yang ditunggu-tunggu telah sampai kepada kemuncaknya. Poster karakter Race 3, filem ketiga daripada siri filem Race kini didedahkan oleh pelakon Salman Khan di laman Twitternya. Salman Khan menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam di India pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Is hafte milata hoon #Race3 ki family se ... mera naam hai Sikander. Selfless over selfish . #Race3ThisEid @tipsofficial @SKFilmsOfficial pic.twitter.com/FAP4FAQkoc— Salman Khan (@BeingSalmanKhan) March 19, 2018
Selain poster karakter dirinya yang memegang watak Sikander, Salman Khan turut memperkenalkan heroin terbaru filem ini, Jacqueline Fernandez dan aktor Bobby Deol yang sudah lama menghilangkan diri dalam arena Bollywood.
Jessica: Raw power . #Race3 #Race3ThisEid @Asli_Jacqueline @SKFilmsOfficial @TipsOfficial pic.twitter.com/YwxSN78QYm— Salman Khan (@BeingSalmanKhan) March 20, 2018
Yash : The Main Man . #Race3 #Race3ThisEid @thedeol @SKFilmsOfficial @TipsOfficial pic.twitter.com/YVLctpPQBf— Salman Khan (@BeingSalmanKhan) March 21, 2018
Salman Khan juga mendedahkan teaser pengenalan logo filem ini di Instagramnya.Sizzling Sanjana waiting to explode . #Race3 #Race3ThisEid @ShahDaisy25 @SKFilmsOfficial @TipsOfficial pic.twitter.com/s4JGULx56J— Salman Khan (@BeingSalmanKhan) March 22, 2018
Race 3 diarahkan oleh Remo D'Souza yang mana menggantikan Abbas-Mustan yang mengarahkan dua filem sebelumnya. Selain Salman Khan dan Jacqueline Fernandez, filem ini akan menampilkan Daisy Shah, Bobby Deol, Anil Kapoor, Saqib Saleem dan ramai lagi pelakon. Saif Ali Khan tidak akan kembali dalam siri ketiga ini.
0 Ulasan