Reboot 'Tomb Raider' Gagal Cantas Kutipan Filem Asal Kerana 'Black Panther'


Tomb Raider dikatakan mengutip keuntungan yang agak rendah jika dibandingkan dengan filem sekuel filem Tomb Raider: The Cradle of Life. Filem reboot yang dibintangi oleh Alicia Vikander ini diharap untuk memberi aura baru dalam adaptasi siri tv Tomb Raider. Walaupun pujian diberikan kepada lakonan Alicia Vikander, nampaknya kutipannya tidak mampu menyaingi kutipan filem asal.


Menurut Box Office Pro, Tomb Raider memberi pulangan sebanyak USD21.5 sahaja dalam masa tiga hari pertama. Filem Tomb Raider yang diterbitkan pada 2001 mengutip USD47.7 juta dalam minggu pertama manakala sekuelnya, The Cradle of Life mengitup USD21.7 juta pada minggu pertama.

Antara faktor yang melambatkan keuntungan filem Tomb Raider ialah filem Black Panther yang mana masih lagi menguasai carta. Pakar meramalkan bahawa filem Black Panther akan terus menguasai carta walaupun Pacific Rim: Uprising dan Ready Player One akan berada di pawagam tidak lama lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan