Penggambaran Semula Filem 'The New Mutants' Bakal Pengaruhi Separuh Dari Jalan Cerita


Fox melaporkan bahawa filem The New Mutants mungkin akan berubah hampir separuh daripada cerita asal. Fox melakukan penggambaran semula untuk menambah beberapa watak dan menjadikan filem ini lebi seram.Walaupun penggambaran semula ini satu perjudian yang masih belum tentu berjaya, ianya diharap mampu untuk menjadikan filem ini lebih baik.


Comic Book melaporkan bahawa penggambaran semula ini dijalankan bagi menambah baik filem ini. Baru-baru ini, pengarah filem ini,Josh Boone amat gembira dengan hasil akhir namun ianya tidak dipersetujui pihak studio. Pihak penerbit mahukan filem mutant yang lebih baik daripada filem mutant biasa seperti Deadpool dan Logan.

Apabila filem ini digubah menjadi lebih seram, mungkin karakter yang akan ditambah lebih kurang dua. Dilaporkan bahawa penambahan watak ini akan mempengaruhi keseluruhan filem yang akan mempunyai banyak plot baru. 


Catat Ulasan

0 Ulasan