Trilogi Fifty Shades: Pengenalan Kepada BDSM


Baiklah, disebabkan trilogi Fifty Shades bakal ditamatkan dengan hadirnya filem Fifty Shades Freed, maka ramailah yang ingin tahu apakah itu BDSM. BDSM menjadi tonggak utama perjalanan cinta Anastasia dan Mr Grey. Sebuah hubungan cinta submissive yang erotik yang buat pertamakalinya dipertontonkan dalam sebuah filem komersial jarang diketahui umum. Namun, ianya bukan sebuah perkara asing.


1. Apa itu BDSM

BDSM sebenarnya ialah singkatan kepada empat disiplin asas dalam permainan seksual yang merangkumi B (Bondage), D (Dicipline & Domination), S (Sadism & Submission) dan M (Macocism).

Bondage merangkumi aktiviti seksual yang mana melibatkan ikatan pada tubuh badan untuk menaikkan nafsu seksual. Dicipline pula merujuk kepada syarat dan juga etika semasa aktiviti. Dominasi pula merujuk kepada sifat mengawal pasangan dalam aktiviti. Sadism pula merujuk kepada ransangan melalui kesakitan. Submission merujuk kepada sifat ingin dikawal pasangan dalam aktiviti. Macosicm pula ialah sifat terbuka dan tidak malu dalam melakukan apa sahaja yang disuruh oleh pasangan.

2. Trilogi Fifty Shades

Di dalam filem Fifty Shades of Grey (2015), kita diperkenalkan dengan watak Anastasia, seorang gadis yang pada awalnya mengenali Mr Grey. Hubungan mereka berubah menjadi sebuah hubungan yang luar biasa apabila Anastasia mendapati bahawa bukan mudah untuk Mr Grey meletakkan cinta dan hati kepada gadis sepertinya.

Ketika Anastasia mula jatuh hati kepada Mr. Grey, lelaki itu sebenarnya tahu bahawa apa yang ada dalam dirinya bukanlah nafsu yang biasa. Namun, Anastasia nampaknya tidak kisah dan mahu tahu lagi tentang lelaki itu.

Maka, Anastasia mula memasuki dunia 'red room' yang mana menjadi satu ruang eksplorasi dunia BDSM yang pertamakalinya ditayangkan dalam sebuah filem komersial. Dan dari filem ini sehinggalah kepada Fifty Shades Darker (2017) dan Fifty Shades Freed (2018), eksplorasi dunia seksual ini dieksplorasi di samping plot cinta dan thriller yang makin berkembang. 

3. Konsep BDSM

Dalam konsep BDSM, ada satu konsep yang mana memberi kelainan dalam aktiviti seksual pasangan. Konsep ini dikenali sebagai pihak Dominant dan pihak Submissive. Dominant ialah pihak yang mengendali dan mengawal aktiviti seksual yang dilakukan manakala Submisive pula ialah pihak yang harus melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh dominant selagi ianya mematuhi syarat yang dipersetujui bersama.

Praktikalnya, menjadi Dominant atau Submissive boleh dijalankan bergantian. Tetapi, ada juga pasangan yang selesa kekal dengan salah satu daripadanya tanpa menukar roleplay mereka.

Di dalam permainan seksual ini, tali dan juga alat memainkan peranan yang penting untuk menaikkan nafsu. Kebiasaannya, dominant akan mengikat submissive dalam posisi yang kehendaki dan mengawal submissive seperti mana yang dia kehendaki. Dalam keadaan submissive yang tidak boleh melakukan apa-apa, submissive dibekalkan dengan 'safe word' yang dipersetujui yang mana boleh memberhentikan kawalan dominant jika submissive terasa disakiti.

Tidak perlulah kami huraikan jenis-jenis ikatan mahupun bagaimana roleplaynya. Korang cari sendiri.

4. Hukum BDSM Dalam Agama Islam

Pencarian kami mengenai hukum melakukan aktiviti ini bagi pasangan Muslim tidak menemui penjelasan yang konkrit. Daripada beberapa artikel yang kami baca di dalam internet, aktiviti menyakiti pasangan yang lain tanpa hajat dan darurat ialah haram.

Namun, melalui ayat ini,
“Isteri-isterimu adalah seperti tanah bercucuk tanam bagimu, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam itu (dengan cara) bagaimana saja kamu kehendaki” 
... dijelaskan bahawa variasi seks dalam persetubuhan ialah sesuatu yang dibolehkan dalam syarak. Tetapi, sememangnya persetubuhan melalui dubur dan juga dalam keadaan haid adalah dilarang. Jadi, tiada larangan untuk menjalankan aktiviti ini jika ianya tidak menyakiti pasangan.

5. Kesimpulan

Pada dasarnya, kegiatan ini boleh dikatakan sebagai satu bentuk variasi seksual yang boleh dilakukan pada tingkat tertentu. Jika ianya dilakukan melebihi tingkat tertentu, maka ianya akan menjadi satu penyimpangan pada norma seksual. Filem Fifty Shades yang diadaptasi semestinya membuatkan ramai orang Islam mahu mencuba aktiviti ini. 

Perlu diketahui bahawa Islam membataskan perlakuan aktiviti seksual bagi menjaga nilai dan hukum Islam. Maka, pandai-pandailah anda ya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan