Stephen Lang Sahkan 'Don't Breathe 2' Akan Diterbitkan


Pelakon filem Don't Breathe, Stephen Lang telah mengesahkan bahawa sekuel filem Don't Breathe sedang dalam proses untuk difilemkan. Filem yang diterbitkan pada tahun 2016 itu adalah filem yang digemari ramai dan mendatangkan keuntungan. Ianya mengisahkan bagaimana 3 orang perompak yang mana cuba merompak rumah seorang lelaki buta namun mendapati mereka terperangkap dalam satu suasana cemas yang tidak dijangka.


Screenrant telah menemubual pelakon Stephen Lang dan dia mengesahkan bahawa filem tersebut kini dalam proses perancangan untuk pembikinan. 

Sebelumini, pengarah Fede Alvarez dan penerbit Sam Raimi menyatakan keinginan mereka untuk membikin Don't Breathe 2 namun belum disahkan bila dan bagaimana filem ini bakal dibikin. Kini, Stephen Lang telah mengesahkan bahawa sekuel yang dirancang akan terjadi. Namun, tarikh tayangan dan juga pengambaran filem ini masih belum diketahui.

Catat Ulasan

0 Ulasan