Lindsay Lohan Rayu DC Untuk Ambilnya Untuk Watak Filem 'Batgirl' Di Twitter



Lindsay Lohan kelihatan mahu menyertai filem terbaru Joh Whedon, Batgirl dan memulakan kempen untuk menarik perhatian di sosial media. Warner Bros baru-baru ini memberikan perubahan kepada filem DC apabila Walter Hamada menjadi president baru DC. Buat masa ini, Aquaman, Shazam! dan Wonder Woman 2 masih disahkan akan diterbitkan. Namun, keutamaan diberikan kepada The Batman, Flashpoint dan Suicide Squad 2.


Antara projek yang mana Hamada sedang cuba untuk mulakan ialah filem Batgirl. Pihak pengurusan sedang cuba untuk membina plot filem Batgirl selepas Josh Whedon memberikan idea berkenaan filem ini.

Pelakon Lindsay Lohan memuat naik status di Twitternya cuba untuk memberitahu bahawa dia mahukan watak Barbara dalam filem Batgirl. Dia meminta cadangan dan sokongan daripada para peminat dan juga telah tag Josh Whedon supaya pengarah itu nampak kehendaknya.


Lindsay Lohan pernah menjadi nama besar suatu ketikadulu, namun dengan menyertai Batgirl, mungkin ini akan mengembalikan kariernya. Namun, buat masa ini, masih awal untuk kita ketahui tentang perkembangan filem Batgirl. Namun, persoalan sekarang ialah adakah Lindsay Lohan wajar diberi peluang untuk memegang watak dalam filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan