Filem Lee Chong Wei Lulus LPF, Sasar Tayangan Mac 2018



Filem berkenaan pemain badminton kebangsaan Dato' Lee Chong Wei dikhabarkan sudah lulus tapisan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan diberikan klasifikasi PG13. Perkara ini dikhabarkan oleh FilemKita.com di laman Twitternya. Menurut CinemaOnline pula, filem ini akan ditayangkan pada 15 Mac 2018 sempena cuti sekolah penggal 1. 






Filem arahan Teng Bee ini bakal mengisahkan perjalanan LCW dari muda sehinggalah kepada kejayaannya dalam bidang sukan badminton. Dato Rosyam Noor akan memegang watak sebagai Misbun Sidek. Watak LCW pula akan dipegang oleh dua orang pelakon berbakat Jake Eng dan Tosh Tan. 


Sama-sama kita nantikan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan