10 Fakta Mengejutkan Tentang Filem 'Titanic' Yang Anda Tak Tahu



Titanic, sebuah filem tahun 1997 yang semestinya menjadi filem yang tidak akan dilupakan oleh kebanyakan penggemar filem. Menjadi antara barisan filem yang malar segar dan tidak ditelan zaman, filem ini ialah sebuah kisah cinta mega Jack dan Rose yang sememangnya sentiasa meniti di bibir penggemar filem.


Kali ini, kami bawakan 10 fakta yang mengejutkan berkenaan filem ini. Bersedia? Sila pasang lagu My Heart Will Go On sambil skrol ke bawah. 

1. Pihak studio mahukan pelakon MatthewMcConaughey untuk memegang watak sebagai Jack. Namun, James Cameron tetap mahukan Leonardo DiCaprio untuk memegang watak tersebut. 


2. Gloria Stuart ialah satu-satunya pelakon yang bekerja untuk filem ini yang pernah hidup ketika kejadian tenggelamnya kapal Titanic pada tahun 1912. 


3. Kos untuk membina kapal Titanic pada tahun 1910-1912 ialah USD7.5 juta. Pada tahun 1997, ketika filem ini dibikin, kos itu dianggarkan sudah bernilai USD120 hingga USD150 juta. Mengejutkan, kos menghasilkan filem ini ialah USD200 juta, yang mana lebih besar daripada kos membina kapal Titanic sendiri.

4. James Cameron melukis semua lukisan yang dilukis oleh watak Jack di dalam buku lukisannya. Tangan yang melukis Rose yang berbogel dan hanya mengenakan Heart of Oceans itu ialah milik pengarah itu sendiri dan bukannya Leonardo DiCaprio.


5. Pasangan tua di atas katil yang sedang berpelukan ketika kapal sedang karam itu ialah watak sebenar yang pernah wujud dalam kejadian karamnya Titanic. Watak itu ialah pemilik kepada Macy's Department Store di New York, Ida dan Isidor Straus. Ida ditawarkan tempat duduk di dalam bot kecemasan namun dia menolak kerana mahu bersama suaminya. Ida pernah berkata "Disebabkan kami pernah tinggal bersama, maka kami akan mati bersama". Dialog tersebut dibuang daripada filem Titanic yang kita tonton.


6. Pelakon tambahan di bilik enjin hanyalah berketinggian 5 kaki untuk membuatkan ruang set bilik enjin kelihatan lebih besar.


7. Tajuk asal filem ini ialah 'Planet Ice'


8. Jack Dawson pada asalnya ialah watak rekaan. Namun, selepas selesai sahaja James Cameron menulis skrip, dia mendapat tahu bahawa watak itu sebenarnya wujud di dalam senarai penumpang yang meninggal dunia dalam kejadian sebenar.


9. Kate Winslet mendapat tahu bahawa dia perlu bogel di hadapan Leonardo DiCaprio dalam satu babak yang agak panjang. Jadi, ketika pertamakali dia bertemu dengan Leonardo DiCaprio, dia telah mendedahkan buah dadanya dalam sepantas kilat untuk mengelakkan perasaan jangal dalam babak yang dilakonkannya nanti. Ternyata, Leonardo DiCaprio tidak pernah menjangkakan perbuatan Kate Winslet itu seperti Titanic tidak pernah menjangkakan ada iceberg di hadapannya.




10. Babak Jack melukis Rose dengan hanya memakai Heart of the Ocean ialah babak pertama yang dilakonkan oleh Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio.



Catat Ulasan

0 Ulasan