Tonton Video Pelakon 'Pitch Perfect 3' Ceritakan Kembali Plot 'Pitch Perfect' Terdahulu

Filem terakhir Pitch Perfect bakal menjelma sebagai penutup tahun 2017. Sudah semestinya, siapa tidak ingat dengan When I'm Gone yang lebih dikenali sebagai The Cup Song suatu ketika dulu yang cuba untuk ditiru seluruh dunia. Pitch Perfect sekaligus membawakan gegaran acapella melalui kisah persahabatan yang bersahaja dan penuh komedi.


Pitch Perfect 3 dikhabarkan sebagai filem terakhir dalam kisah trilogi ini. Filem yang dibintangi oleh Anna Kendrick, Anna Camp, Brittany Snow, dan ramai lagi ini menggabungkan kembali the Bellas yang mana kini sudah menjalani kehidupan alam dewasa. Bersama-sama kali ini mereka cuba untuk memberikan persembahan terakhir di USO Tour. 

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia bermula 28 Disember di Malaysia. Sebelum anda menonton filem terakhir ini, jom tonton pelakon filem Pitch Perfect menceritakan sinopsis ringkas filem sebelum ini dalam masa 7 minit.

Catat Ulasan

0 Ulasan