Sam Neill Akan Kembali Dalam 'Jurassic World: Fallen Kingdom'?


Pelakon utama filem trilogi asal Jurassic Park dikhabarkan akan kembali membawa watak lakonannya dalam filem Jurassic World: Fallen Kingdom. Walaupun perkara ini masih belum mendapat kepastian, ianya seperti sesuatu yang menarik untuk ditunggu. Universal Studio telah mengeluarkan trailer pertamanya dan ianya kelihatan penuh dengan persoalan tentang nasib dinosaur di dalam filem ini.


Terkini, muncul pula khabar angin tentang kemunculan Sam Neill dalam filem ini. Walaupun trailer ini mendedahkan yang pelakon Jeff Goldblum akan muncul, tetapi tiada tanda Sam Neill akan kembali melakonkan wataknya sebagai Dr. Alan Grant.

Khabar angin ini dimulakan apabila MR Sunday Movies, yang sebelum ini mendedahkan kehadiran Matt Damon dalam filem Thor: Ragnarok melaporkan yang Sam Neill mungkin akan tampil dalam filem Fallen Kingdom. Walaupun ianya masih belum disahkan, sumber daripada web tersebut mendapati yang adanya kelibat Sam Neill di set pengambaran filem tersebut dalam SUV hitam yang mana mungkin memberikan idea bahawa ianya bukan sekadar lawatan ke set yang biasa.

Jurassic World pernah membawa kembali BD Wong kembali ke francais ini. Sekuelnya pula membawa kembali Jeff Goldblum sebagai Dr. Ian Malcolm. Jadi, rasanya jika berita ini benar, maka ianya sesuatu yang lebih menarik penonton untuk menonton sekuel kedua siri filem Jurassic World ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan