Watak Kate Winslet Dalam Sekuel 'Avatar' Didedahkan


James Cameron mendedahkan yang Kate Winslet bakal memegang watak Ronal yang mana menjadi sebahagian daripada orang yang hidup di dasar laut. Projek James Cameron yang terbaru ini bakal memperkenalkan dunia baru dan juga babak dalam lautan Pandora. James Cameron menyatakan bahawa sekuel Avatar juga akan berlaku di dalam dunia bawah laut ini.


Selepas 20 tahun daripada filem Titanic yang dibintangi oleh Kate Winslet, pelakon ini kembali bersatu dengan pengarah ini yang mana digambarkan oleh James Cameron bakal menjadi watak 'sea people' atau 'reef people'. Cameron menjelaskan bahawa orang laut ini dikenali sebagai Metkayina, yang mana tinggal di terumbu laut dan diketuai oleh Tonowari lakonan Cliff Curtis. Namun, bagaimana watak Kate Winslet bakal dimasukkan dalam dunia ini, belum diketahui.

Walaupun pernah hampir lemas ketika berlakon filem Titanic, Kate Winslet masih tidak mahu menggunakan stunt double untuk babak dasar laut. Ini bermakna, pelakon itu perlu menghadapi latihan yang sama yang bakal diberikan kepada para pelakon yang bakal melakonkan watak orang laut ini.
“The one thing she did do is demand that she do all her own water work. I said, ‘All right, that’s fine, we’ll have to teach you how to free dive.’ The other actors are up to three- and four-minute breath holds. We’ve already been doing underwater capture. We did a scene last week with six teenagers, well, actually five teenagers and one 7-year-old underwater holding their breath for a couple minutes and acting, actually doing a dialogue scene under water because they speak kind of a sign language.”
Generasi muda akan menghayati Avatar Sekuel ini apabila akan melibatkan pelakon-pelakon muda. Pelakon Avatar pertama juga seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang dan Sigourney Weaver juga dilaporkan akan kembali untuk sekuel filem ini. Dikhabarkan, filem ini menelan kos sebanyak USD1 billion.

Catat Ulasan

0 Ulasan