'Truth Or Dare' Bakal Tayang April 2018


Filem seram terbaru terbitan Blumhouse Production akhirnya bakal ditayangkan pada tahun 2018. Filem tersebut ialah filem keempat terbitan produksi tersebut untuk tahun 2018. Blumhouse Production memang terkenal dalam menghasilakn filem seram thriller berbajet rendah tetapi mendapat pulangan yang tinggi. Anda pasti masih ingat kejayaan Paranormal Activity, Insidious dan The Purge yang menjadi francais dikenali ramai.


Blumhouse nampaknya melalui zaman kejayaannya pada tahun 2017. Pada bulan Januari, Split lakonan McAvoy ditayangkan. Seterusnya, filem arahan Jordan Peele, Get Out mendapat perhatian ramai. Selepas itu pula, filem Happy Death Day pula muncul. Melalui 3 filem tersebut, Blumhouse Production mengutip keuntungan lebih USD600 juta di seluruh dunia dengan hanya bajet asal kurang dari USD10 juta.

Menurut Deadline, filem Truth Or Dare akan diarahkan oleh Jeff Wadlow, pengarah filem Kick-ass 2. filem tersebut dijangka ditayangkan di US pada 27 April 2018. Plot filem ini nampak seperti mudah sahaja untuk dijangka. Ianya berkenaan permainan Truth Or Dare yang menjadi kacau bila ada entiti mengganggu pemain.

Tahun 2018, Blumhouse akan kembali dengan Insidious: The Last Key pada Januari, The Purge: The Island pada Julai dan juga reboot filem Halloween pada Oktober. Sama-sama kita nantikan keseraman filem-filem tersebut di pawagam nanti. 

Catat Ulasan

0 Ulasan