Header Ads Widget

Tonton Filem Pendek GSD Lakonan Jack Ma, Founder Alibaba





Siapa cakap jutawan terkaya di dunia tak boleh berkung fu. Semuanya akan ditepis apabila filem Gong Shou Dao, ataupun lebih dikenali sebagai GSD yang bermakna Seni Serangan dan Pertahanan itu bakal menampilkan pengasas kumpulan Alibaba Group, Jack Ma Yun.

Trailer filem tersebut yang berdurasi agak pelik iaitu sekitar 7 minit sudah diterbitkan dan mendapat perhatian ramai di media sosial. Filem tersebut mula ditayangkan pada 11 November 2017 yang lalu menampilkan aktor hebat seperti Jet Li, Donnie Yen, Sammo Hung, juara tinju Zou Shiming, Tony Jaa dan juga juara rumo Mogolia, Asasoryu Akinori.

Filem ni pasti akan buatkan korang tergamam. Durasi filem ini pendek sahaja dan sudah mula ditayangkan di Youku, sebuah laman penstriman Cina. Namun, filem itu kini sudah boleh didapati di Youtube secara percuma. Anda boleh menonton filem tersebut di bawah. Ianya tidak ditayangkan di pawagam kerana durasinya yang hanya sekitar 22 minit sahaja.


Nikmatilah 22 minit penuh aksi ini! Memang terbaiklah. Siapa sangka, orang banyak duit pun boleh berkungfu, kan? Berikut ialah senarai pelakon dan watak yang dipegang dalam filem pendek ini.

Jack Ma sebagai Master Ma 
Jet Li sebagai Old Servant 
Donnie Yen sebagai Master Yen 
Wu Jing sebagai Master Jing 
Tony Jaa sebagai Master Jaa 
Jacky Heung sebagai Master Zuo 
Asashōryū Akinori sebagai Master Long Zou 
Shiming sebagai Master Zou 
Natasha Liu Bordizzo sebagai Master Yu 
Tong Dawei sebagai Policeman 
Tong Huang Xiaoming sebagai Policeman 
Ming Li Chen sebagai Policeman 
Chen Shao Xiaofeng sebagai Police Inspector 

Post a Comment

0 Comments