Di Sebalik 'Showgirls', Filem Stripper Terburuk Sepanjang Zaman



Jika anda pernah mendengar nama Paul Verhoeven, anda pasti pernah mendengar filem-filemnya seperti Basic Instinct, Robocop dan juga Starship Troopers. Pengarah ini yang dilahirkan pada 18 Julai 1938 ini sering tampil dengan filem yang 'out of the box'. Tidak kurang juga, pengarah ini sentiasa menyelitkan adegan bogel dan juga seks dalam filemnya.


Namun, di sebalik filem-filem hebatnya, Paul Verhoeven tidak juga lari dari mengarahkan filem yang disifatkan terburuk dalam kariernya. Anda pernah dengar filem Showgirls yang dibintangi oleh Elizabeth Berkley? Filem berkisar tentang penari tiang di kelab malam itu antara filemnya yang mendapat rating NC-17 dimana ianya tidak boleh ditayangkan untuk semua khalayak ramai. 

Showgirls (1995) ialah filem paling teruk Paul Verhoeven. Walaupun ianya gagal dan dikritik, ianya ialah filem yang banyak disewa dalam bentuk Home Entertainment. Para penonton menganggap filem tersebut sebagai sebuah filem yang unik dan digemari walaupun dikritik kerana gaya penceritaannya yang tidak sehebat mana. 

Idea asal filem ini datang ketika Joe Eszterhas, seorang penulis skrip bercuti di rumahnya di Maui, Hawaii. Berbekalkan idea yang ditulis atas napkin sahaja, dia diberi pendahuluan USD2 juta untuk menulis skrip dan USD1. 7 juta lagi akan diberikan ketika filem diterbitkan oleh studio. Watak Nomi Malone berasal dari nama isterinya, Naomi kemudiannya diringkaskan menjadi Nomi. Malone pula bermakna 'alone' kerana kisahnya watak ini yang bersendirian.

Walaupun ramai menyifatkan filem itu filem terburuk sepanjang zaman, laman Rolling Stone melabel filem tersebut sebagai filem penari bogel paling hebat pernah dihasilkan. Dipenuhi dengan adegan bogel yang banyak dan durasi masa yang panjang, anda mungkin perlu fikir dua kali sebelum memikirkan untuk menontonnya. 


Catat Ulasan

0 Ulasan