Tyrese Gibson & Ludacris Tolak Tawaran Sertai 'Spin-off' Fast & Furious

Pelakon Tyrese Gibson dan juga Ludacris menyatakan bahawa mereka menolak untuk menyertai 'spin-off' filem Fast & Furious yang sepatutnya menampilkan watak Roman Pearce dan Tej Parker. Dua watak ini mula diperkenalkan dalam filem 2 Fast 2 Furious dan kemudiannya hilang, lalu muncul kembali dalam Fast Five. Filem kelima ini juga menambah watak lakonan Dwayne Johnson yang memberi rasa ketidakselesaan di kalangan para pelakon filem tersebut.


Masalah antara Dwayne Johnson dan Vin Diesel di set memang sudah pernah berlaku. Terbaharu, Tyrese Gibson menyuarakan rasa marahnya terhadap Dwayne Johnson dengan menyatakan bahawa penangguhan filem Fast & Furious 9 ialah disebabkan Dwayne Johnson dan filem spin-offnya. Watak lakonan Dwayne Johnson, Hobbs menjadi sangat popular apabila karakternya berganding dengan watak lakonan Jason Statham, Deckard Shaw dalam The Fate of the Furious. Maka, disebabkan itu, muncul 'spin-off' yang asalnya tiada dalam perancangan.



Di Instagram, Tyrese Gibson memberitahu bahawa mereka berdua ditawarkan untuk berlakon dalam filem tersebut, namun mereka menolak.


Diversity, love, multi ethnic worldwide multi generational, United Nations, One Race, Fast Family...... Until Dewayne showed up I guess this whole time he had a problem cause he wasn't the ONLY ONE on the movie poster........... I guess dreams do come true congratulations to @hhgarcia41 and @therock you guys are just amazing you really broke up the #FastFamily I tried to warn you guys... You thought I was hating...... I was simply fighting to keep the family together what makes us great is when you see us all TOGETHER we don't fly solo..... #MyLastPost today..... I got 3 years of venting on this clown - They offered but YOU didn't have to agree with a solo #HobbsMovie #OriginalFastFamily we salute you and stand on your shoulders #VinDiesel #PaulWalker #RobCohen #RomanTej were offered a spin off we TURNED IT DOWN!!!
A post shared by TYRESE (@tyrese) on

Filem Fast & Furious sudah menjadi francais besar yang digilai ramai. Walaupun aksinya memang gila, filem ini membawa tema persabatan dan kekeluargaan yang sangat baik. Namun, masalah di antara pelakon ini antara sesuatu yang mendukacitakan. Diharap para pelakon boleh bertolak ansur dalam menjayakan filem ini bersama.


Catat Ulasan

0 Ulasan