'The New Mutants' Bakal Ada Trilogi

Jika filem The New Mutants berjaya mencuri tumpuan penonton, nampaknya filem tersebut bakal menjadi satu trilogi baru. Diadaptasikan daripada karya Bill Skenkiewicz yang diterbitkan pada tahun 80an, filem ini bakal menyaksikan watak seperti Magik, Wolfsbane, Sunspot, Mirage dan Cannonball cuba untuk memahami diri mereka dalam sebuah institusi misteri.


Walaupun filem ini mempunyai kaitan dengan 'universe' X-Men, filem ini bakal mengambil auranya tersendiri dan mempunyai perbezaan daripada tona yang digunakan dalam filem X-Men yang biasa.

IGN telah menemubual Josh Boone yang mana memberitahu bahawa filem itu sebenarnya dicadangkan untuk sebuah trilogi. Filem ini juga menampilkan elemen seram yang mana berbeza daripada filem seram yang lain. 

Menariknya, jika anda perasan, ada beberapa pengarah filem seram beralih arah mengarahkan filem superhero seperti James Gunn (Slither) mengarahkan filem Guardians of the Galaxy, David F. Sandberg (Light Out) mengarahkan Shazam!, James Wan (The Conjuring) mengarahkan Aquaman dan Josh Whedon (Cabin in the Wood) mengarahkan Avengers.


Tapi, kali ini, pengarah filem romantik The Fault in Our Stars pula yang beralih arah mengarahkan filem seram/superhero.

Catat Ulasan

0 Ulasan