Sophie Okonedo, Brian Gleeson & Alistair Petrie Sertai Hellboy 'Reboot'

Filem Hellboy reboot yang bakal diarahkan oleh Neil Marshal kini sudah menjumpai ahli Osiris Club terbaru. Ianya bakal dilakonkan oleh Sophie Okonedo, Alistair Petrie dan Brian Gleeson. Filem Hellboy akan menjadi filem 'reboot' kepada filem asal arahan Guilermo Del Toro yang mana diadaptasikan daripada komik terbitan Dark Horse.


Deadline melaporkan bahawa Brian Gleeson akan memainkan watak Merlin, seorang ahli sihir yang menjadi ahli kepada Bureau for Paranormal Research and Defense (B.R.P.D). Sophie Okonedo akan memainkan watak Lady Hatton manakala Alistair Petrie akan memainkan watak Lord Adam Glaren. 

Filem ini menjanjikan tema yang lebih gelap dan juga ganas daripada filem asal. Ianya dirancang untuk mendapat R-rated. Hellboy bakal ditayangkan pada Januari 2019. 

Catat Ulasan

0 Ulasan