Optimus Prime Disahkan Bakal Kembali Untuk Filem 'Spin-off' Bumblebee

Optimus Prime telah disahkan akan kembali dalam filem spin-off Bumblebee arahan Travis Knight yang bakal ditayangkan 2018. Optimus Prime dan Bumblebee ialah antara karakter yang muncul dalam setiap filem Transformers semenjak filem pertama francais itu dimulakan oleh Michael Bay. 

Transformers ialah antara filem francais paling berjaya bagi Paramount Pictures namun dipenuhi dengan kritikan negatif daripada pengkritik. Disebabkan trend 'cinematic universe' sudah menjadi kebiasaan di Hollywood, studio besar tersebut ingin membina 'universe' mereka yang tersendiri dengan watak Transformers.


Paramount telah meminta Akiva Goldsman, seorang penulis lakon layar yang memenangi Oscar untuk menulis 'universe' Transformers yang bakal hadir. Selain itu, panel penulisan filem ini juga disertai oleh penulis handalan seperti Christina Hodson (Shut In), Steven DeKnight (Daredevil), Jeff Kinker (LOST), Ken Nolan (Black Hawk Dawn), Robert Kirkman (The Walking Dead) dan ramai lagi. 

Tugas mereka ialah untuk mengenal pasti ruang untuk sekuel, prekuel, spin-off selepas filem Transformers: The Last Knight dibawa masuk ke dalam 'universe' Transformers. Dan akhirnya, wujudlah filem Bumblebee sebagai filem 'spin-off' pertama yang berlatar belakangkan zaman 80an. 

Kembalinya Optimus Prime dalam filem Bumblebee ini disahkan oleh Peter Cullen sendiri ketika ditemubual oleh Cinemovie berkenaan filem The Last Knight yang terbit dalam bentuk 'home entertainment'. Peter Cullen ialah penyumbang suara Optimus Prime semenjak siri animasi tahun 80an yang lalu.

Persoalan yang paling penting untuk difikirkan ialah bagaimana Optimus Prime boleh berada bersama dengan Bumblebee di tahun 80an kerana watak itu hanya tiba ke bumi pada latar masa Sam Witwicky dalam filem pertama. Buatmasa ini, mungkin teorinya, Optimus Prime bakal muncul sebagai sebahagian flashback ketika babak di Cybertron. Atau, mungkinkan ada elemen time travel dalam filem ini juga?

Semestinya soalan itu hanya boleh dijawab bila filem Bumblebee menjengah pawagam nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan