'Geostorm' Gagal Tampung Kos 'Reshoot' Di Minggu Pembukaan


Filem bercorak bencana terbaru, Geostorm nampaknya bakal menjadi 'box-office bomb' pada tahun ini. The Hollywood Reporter melaporkan bahawa filem tersebut dijangka mendapat kutipan sekitar USD10-12 juta pada minggu pembukaannya. Ianya satu permulaan yang mengecewakan bagi sebuah filem yang berbajet USD120 juta untuk dibikin.


Pendapatan pada minggu pertama itu tidak dapat menampung sedikit pun kos 'reshoot' yang dilaporkan berjumlah USD15 juta. 

Kehadiran Geostorm di pawagam tidak mampu untuk menarik penonton kerana Happy Death Day lebih memikat disebabkan Halloween yang mendekat. Geostorm mendapat reaksi negatif daripada penonton filem sehinggakan ada yang melabelnya filem paling bodoh untuk tahun 2017. 

Geostorm sudah mendapat reaksi negatif semenjak dari 'test-screening' lagi. Disebabkan itulah, 'reshoot' dilakukan untuk mengubah beberapa bahagian filem ini. Namun, 'reshoot' juga tidak mampu untuk membawa kepada kejayaan filem ini. 

Tahun ini ialah tahun yang agak mendukacitakan buat studio Skydance Media yang menerbitkan filem ini. Sebelum ini, filem Life dan juga Baywatch yang diterbitkan juga gagal mendapat sambutan yang hangat daripada penonton dan berdepan dengan reaksi negatif. 


Catat Ulasan

0 Ulasan