Tarikh Tayangan 'Spinoff' Filem Men In Black Diumumkan

Sony akhirnya mengumumkan tarikh filem 'spin-off' Men In Back yang bakal ditayangkan kelak. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, filem ini bakal ditayangkan pada musim panas 2019. Walaupun tidak ada sekuel selepas filem Men In Black 3, pihak Sony merancang untuk membuat 'crossover' filem 21 Jump Street dan Men In Black yang diberi tajuk MIB 23. Namun, ianya masih lagi satu rumor yang belum disahkan.


Deadline menyatakan bahawa tarikh tayangan spinoff ini ialah pada 17 Mei 2019. Skrip filem ini akan ditulis oleh Matt Holloway dan Art Marcum yang juga pernah menulis untuk filem Transformers: The Last Knight. Steven Spielberg pula akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Pengarah filem ini masih belum lagi diketahui.

Tarikh tayangan yang kurang daripada dua tahun ini memerlukan Sony untuk memacu terus usaha untuk memulakan produksi penggambaran filem ini. Sony pernah menyatakan bahawa filem ini bakal menampilkan seorang ejen prempuan. Namun, bagaimana filem keempat ini bakal membawa aura dan plotline asal mungkin satu pertaruhan.

Penggemar wayang kebanyakannya sudah mula melupakan Men In Black. Namun, mungkin spinoff yang baik mampu untuk mengembalikan aura filem lakonan Will Smith ini untuk penonton generasi baru.

Catat Ulasan

0 Ulasan