Tarikh Tayangan Hellboy 'Reboot' Didedahkan

Selepas gambar watak Hellboy lakonan David Harbour didedahkan, kini studio Lionsgate yang menerbitkan filem reboot berkenaan bersedia untuk mengumumkan tarikh tayangan filem tersebut.

Menurut Screenrant, filem Hellboy akan ditayangkan pada awal 2019 iaitu pada 11 Januari. Filem Hellboy bakal menjadi antara filem yang membuka dunia filem bagi tahun 2019 yang bakal dipenuhi dengan filem-filem hebat yang lain.


Filem Hellboy yang diadaptasi daripada komik ini sebelum ini dikenali sebagai Hellboy: Rise of the Blood Queen sebelum ditukar tajuknya kepada Hellboy. Pada awalnya filem ini dirancang untuk menjadi filem ketiga salam dunia filem Hellboy yang dibikin oleh Guillermo Del Toro pada 2004 dan 2008. Namun, perancangan itu dibatalkan setelah Neil Marshall bertindak sebagai pengarah filem tersebut. 

Filem Hellboy ini bakal bersaing dengan sebuah filem M. Night Shyamalan, Split yang mana akan ditayangkan dalam tempoh yang sama. 


Catat Ulasan

0 Ulasan