Linda Hamilton Akan Kembali Dalam Terminator 6

Pelakon asal watak Sarah Connor dilaporkan akan kembali untuk sekuel keenam filem Terminator yang diarahkan Tim Miller yang sebelum ini mengarahkan Deadpool. Ini menjadi kemunculan keduanya sejak daripada filem Terminator 2: Judgement Day yang diterbitkan pada tahun 1991.


Sarah Connor ialah seorang pelayan yang mana mendapati dirinya diburu oleh robot masa depan yang mana dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger. Kemudiannya, dia ditakdirkan untuk melahirkan seorang wira yang bakal menyelamatkan umat manusia yang berperang dengan robot. 



Di dalam siri tv The Sarah Connor Chronicles, pelakon Lena Headey memegang watak tersebut dan di dalam Terminator: Genisys, naskah reboot siri tersebut, watak Sarah Connor dipegang oleh Emilia Clarke. Untuk info, Lena Headey dan Emilia Clarke pernah memegang watak dalam siri tv Game of Thrones.

James Cameron, pengarah dua filem pertama siri filem itu mengesahkan bahawa filem Terminator 6 ini bakal mengambil latar masa selepas filem Terminator 2: Judgement Day. Diharap filem Terminator 6 ini bakal memberikan kejayaan selepas kegagalan filem Terminator: Genisys. 



Sementara menunggu berita terbaru Terminator 6, jom layan salah satu babak filem Terminator 2: Judgement Day. Filem ini antara filem terbaik siri filem Terminator. 

Catat Ulasan

0 Ulasan