Liam Neeson Mahu Terus Berlakon Filem Aksi

Tak sampai dua minggu pengumuman Liam Neeson menyatakan dia mahu bersara dari membintangi filem aksi, pelakon itu nampaknya kini mengubah pendirian. Kini, pelakon itu mengumumkan pula bahawa dia tak jadi nak bersara dari filem aksi. Huh!




Ketika ditemubual di karpet merah tayangan perdana Mark Felt: The Man Who Brought Down the White House, pelakon itu menyatakan bahawa dia masih akan membintangi filem aksi sehinggalah ke penamat nyawanya.

Liam Neeson mula dikenali apabila membintangi filem Schindler's List di bawah arahan Steven Spielberg. Antara filem aksi yang memegang terkenal lakonannya ialah siri filem Taken.

Liam Neeson akan kembali dengan filem aksi thriller terbarunya, The Commuter pada awal Januari 2018. Nampaknya, penonton boleh menarik nafas lega apabila masih dapat lagi menikmati lakonan pelakon ini yang agak ikonik.


Catat Ulasan

0 Ulasan